Friday, 27 January 2012

Ubat Penyakit Dengki

Assalamualaikum..
Hari nie nak cakap sikit tentang penyakit dengki..
 Memang semua manusia dianugerahkan dengan sifat ini, tapi kita kena kawal perasaan ini sebab sifat ini tergolong dalam salah satu sifat mazmumah..
Antara cara nak ubat sifat dengki ini adalah:

1) Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah pinjamkan.. Biasanya kalau x bersyukur nanti ada rasa x puas haty bila tengok kejayaan orang lain.

2) Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau x beramal soleh nanti maksiat pula yang datang dekat dengan kita.

3) Perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikan. Biasanya kalau x ingat begitu, nanti kita lebih suka buat maksiat dari amal kebajikan.

4) Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. sebab kalau kita berusaha untuk sesuatu yang haram, nanti kita akan terjerumus ke lembah hina.

5) Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakan. Kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.

6) Selalulah mengikat silaturrahim dan saling bantu-mambantu antara satu sama lain. 

7) Sentiasa menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung perasaaan orang lain. 


Kat atas nie adalah antara beberapa tips untuk kita amalkan..
Walaupun rasa susah, tapi tu mungkin hanya di permualaan.. X salah untuk kita mencuba sebab aim kita kat dunia nie adalah tuk menjadi khalifah yang terbaik..
 InsyaAllah..

^_^
 

No comments:

Post a Comment