Sunday 26 February 2012

sifat dan ciri calon penghuni syurga

Assalamualaikum..
^_^

           Sebenarnya, kalau kita meneliti ayat-ayat al-Quran, ada banyak sangat berita gembira yang disampaikan.
          Salah satunya, tentang perihal orang yang berhak mendapat syurga atas kekuatan iman dan keikhlasan amal soleh yang kita lakukan semasa hidup di dunia. Sifat dan ciri manuasia calon penghuni syurga sebagaimana dijelaskan al-Quran ialah:

~Manusia yang ikhlas bertaqwa kepada Allah.

~Manusia yang beriman dan ikhlas beramal soleh.

~Manusia yang beriman dan berakhlak mulia.

~Manusia yang beriman dan istiqamah bertaqwa.

~Manusia yang mengEsakan Allah dan istiqamah memurnikan ketaatan kepada Allah.

~Manusia yang mendengar, memerhatikan Kalamullah dan menjalani kehidupan sejajar dengan nilai-nilai al-Quran.

~Manusia yang berjihad dan ikhlas berjihad di jalan Allah.

~Manusia yang beramal soleh semata-mata demi meraih redha Allah.

~Manusia yang mematuhi peringatan Rasulullah dan memiliki rasa takut kepada Allah.

~ Manusia yang percaya sepenuh jiwa kepada Allah dan risalah yang disampaikan Nabi-Nabi.

~Manusia yang gugur di jalan Allah.

~ Manusia yang merelakan harta dan jiwanya untuk berjuang demi menegakkan agama Allha.

~Manusia yang sabar atas ujian hidup dan pasrah segalanya kepada Allah.

~Manusia yang istiqamah dalam ketaatan kepada Allah dan berakhlak mulia.

~Manusia yang bertaubat dan teguh di jalan kebenaran.

~Manusia yang istiqamah beristighfar dan bertaqwa.

~Manusia yang memiliki rasa takut kepada Allah di dalam hatinya.

~Manusia yang sentiasa mengembalikan segala sesuatu kepada Allah. Menegakkan syariatNya dan tulus bertaubat kepada Allah.

~Manusia yang tidak mendustakan ayat-ayat Allah. Berasa rendah diri dan hina di hadapan Allah.

~Manusia yang   bersungguh-sungguh bertaubat dan rajin membuat kebajikan.

banyakkan cara untuk kita menjadi calon syurga??
semoga kita sama-sama istiqamah dalam beramal mulia demi mencapai keredhanNya..
InsyaAllah.. 
^_^


No comments:

Post a Comment